Khamis, 23 April 2009

MEDIA OIL PASTELS



En. Abdul Rahman Yusuf @ Musa menunjukkan cara yang mudah melukis permandangan sepohon pokok dengan hanya menggunakan oil pastels diatas kertas lukisan kepada pelajar kelas bimbingan pendidikan seni.
Cara ini dilukis tanpa menggunakan lakaran pensil.
Beliau hanya mengambil masa 25minit menyiapkan hasil lukisan ini. Cara dan media yang digunakan ini amat sesuai ditunjuk ajar kepada pelajar diperingkat Sekolah Tadika , Sekolah Rendah atau pun diperingkat sekolah Menengah.


Nabila murid Darjah 5 adalah salah seorang pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni melukis permandangan sepohon pokok diatas kertas lukisan dengan menggunakan media Oil Pastels tanpa membuat lakaran pensil. Beliau hanya mengambil masa 40minit untuk menyiapkan lukisannya.


Murid tekun menghasilkan lukisan masing-masing hanya dengan oil pastels diatas kertas hitam tanpa menggunakan pensil.


Sebahagian hasil lukisan anak murid Galeri Seni yang hanya berumur lingkungan 5 hingga 9 tahun. Mereka sudah merasai keseronokan melukis dan mewarna dengan menggunakan Media Oil Pastels dalam masa tiga minggu sahaja.


Sebahagian hasil lukisan anak murid Galeri Seni yang hanya berumur lingkungan 9 tahun hingga 11 tahun. Mereka sudah merasai keseronokan melukis dan mewarna dengan menggunakan Media Oil Pastels diatas kertas lukisan putih ( Drawing Block ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan