Rabu, 18 November 2009
Pameran di Young Ambassadors 2009
Gambar Kenangan Abdul Rahman Yusuf @ Musa dengan Prinsipal Young Ambassadors Pn. Yasmin serta Pn. Azamiah semasa membuat Pameran bagi memperkenalkan Galeri Seni Muar kepada Ibu Bapa yang hadir.
Tempat : Young Ambassadors Taman Setiawangsa Kuala Lumpur
Tarikh : 15 November 2009
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Selasa, 10 November 2009
Khamis, 3 September 2009
KELAS BIMBINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SPM 2009 DAN STPM 2009
Pelajar SMK ALAUDDIN RIAYAT SHAH 1 PAGOH MUAR yang menghadiri Kelas Bimbingan Pendidikan Seni Visual untuk SPM 2009.
Galeri Seni telah membuka kelas kepada pelajar SPM dan STPM yang akan menduduki Perperiksaan Pendidikan Seni Visual ( Kertas 2 ) Tahun 2009.
KAMI SEDIA MEMBANTU !!!
Kelas dibuka SEKARANG !
BUKA :
Sabtu dan Ahad
( 9.00pagi hingga 6.00petang )
Isnin hingga Jumaat
( 3.00petang hingga 6.00petang )
BAYARAN : RM 5.00 ( sesi kehadiran )
TENAGA PENGAJAR : Norfaizah Abdul Rahman ( faiz )
Sabariah Abdul Rahman ( 012-2262084 )
BAWA KERTAS SOALAN SEKALI UNTUK PERBINCANGAN !!!
Diantara Tajuk Soalan yang telah dibincangkan dan membuat latihan melukis dan mewarna dalam masa kurang dari 3jam di Galeri seni baru ini ( 4 September 2009 ).
Tenaga Pengajar : NorFaizah Abdul Rahman ( faiz )
Lakaran 1
Lakaran 2
Pelajar juga dilatih melukis dan mewarna pergerakan manusia sehingga pelajar itu dapat memahami dan menguasai Teknik Mudah dan cepat.
image 1
image 2
image 3
Selasa, 11 Ogos 2009
HARI MERDEKA KE - 52
Kelas Bimbingan Pendidikan Seni telah mengadakan Bulan Mewarna atau Mengecat kain Banner sempena hari Merdeka Ke 52 sepanjang Bulan Ogos 2009. Anak - anak Merdeka ini bersungguh - sungguh dan rajin tanpa kelihatan penat serta dapat ramai kawan yang berbilang Bangsa selari dengan Gagasan ONE MALAYSIA !.
Bermula : 15 Ogos 2009 ( Sabtu )
Masa : 3.00petang hingga 5.00petang
( 2 Jam )
Seorang Anak Merdeka yang Tekun mewarna Banner Hari Merdeka Ke 52 sehingga siap.
Anak - anak Merdeka yang kepenatan tetapi Bangga Banner Hari Merdeka Ke 52 telah siap untuk di Pamerkan dan digantung dengan Perasaan Penuh Bangga sebagai Seorang Anak Merdeka.
Bermula : 16 Ogos 2009 ( Ahad )
Masa : 9.00pagi hingga 11.00pagi
( 2 Jam )
Bermula : 16 Ogos 2009 ( Ahad )
Masa : 3.00petang hingga 5.00petang
( 2 Jam )
Bermula : 16 Ogos 2009 ( Ahad )
Masa : 3.00petang hingga 5.00petang
( 2 Jam )
Tamatlah Aktiviti Mewarna Banner Hari Merdeka ke - 52
Inilah Hasil semangat Perjuangan Anak-anak Seni Malaysia dari Galeri Seni Muar.
Bermula : 15 Ogos 2009 ( Sabtu )
Masa : 3.00petang hingga 5.00petang
( 2 Jam )
Bermula : 16 Ogos 2009 ( Ahad )
Masa : 9.00pagi hingga 11.00pagi
( 2 Jam )
Bermula : 16 Ogos 2009 ( Ahad )
Masa : 3.00petang hingga 5.00petang
( 2 Jam )
Masa Keseluruhan : 6 Jam
Ahad, 9 Ogos 2009
Rabu, 29 Julai 2009
www.faizartwork.blogspot.com
Menambahkan Bayang-bayang pada Lukisan
Tenaga Pengajar menunjukkan cara mudah menghasilkan bayang-bayang diatas Lakaran Lukisan seorang budak dalam Sesi Kelas KOMIK.
Tenaga Pengajar menunjukkan cara mudah menghasilkan bayang-bayang diatas Lakaran Lukisan seorang budak dalam Sesi Kelas KOMIK.
Jumaat, 24 April 2009
HASIL LUKISAN PELAJAR
Media : Acrylic Painting
Media : Acrylic Painting
Ini adalah hasil Lukisan Pelajar-pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni yang terdiri daripada pelajar lingkungan umur 6tahun hingga 12tahun.
Pihak Galeri Seni akan memberi Kebebasan kepada pelajar berbakat yang telah menduduki pembelajaran mengikut sukatan pelajaran selama 5 Bulan seperti :-
a) Berpeluang Melukis diatas Canvas menggunakan Acrylic Colour.
b) Menghasilkan seberapa banyak Hasil Lukisan di Galeri Seni.
c) Membawa Hasil Lukisan Pelajar ke mana-mana Pameran yang Pihak Galeri Seni sertai.
Ini adalah hasil Lukisan Pelajar-pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni yang terdiri daripada pelajar lingkungan umur 6tahun hingga 11tahun.
Media : Pencil , Colour Pencil , Ink Pen dan Oil Pastels.
Hasil Lukisan ini dihasilkan mengikut sukatan pelajaran dari pihak Galeri Seni sepanjang Lima Bulan pembelajaran iaitu dari Bulan Januari 2009 hingga Mei 2009.
Pelajar dapat memahami dan menguasai pelbagai cara penghasilan 'Tone' Cahaya atau Nada dengan lebih mudah dan cepat. Selain pembelajaran , Tenaga pengajar juga menerapkan kepada pelajar Sikap Keberanian , Kecerdasan dan menggalakkan murid dapat mempelbagaikan iDea yang hendak disampaikan dalam Hasil Lukisan masing - masing.
Gambar pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni Yang Berbakat.
Gambar Dua pasangan Adik - Beradik pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni Yang Berbakat.
Hasil Lukisan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah daerah Muar.
Persatuan Warisan Seni Muar Johor dibawah Kementerian Pendidikan Muar telah mengadakan pertandingan Lukisan Peringkat Menengah Atas pada hari Ahad 8 Mac 2009.
Media : Oil Pastels ( Diatas Kertas Hitam )
Media : Oil Pastels ( Diatas Kertas Drawing Block )
Media : Oil Pastels ( Diatas Kertas Drawing Block )
Hasil Lukisan Pelajar-pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni terdiri daripada 4 orang pelajar umur 6tahun hingga 10tahun.
Media : Oil Pastels.
Pelukis: Sabrina Binti Ibrahim
Umur : 10 tahun ( darjah 4 )
Tajuk : Ketenangan
Media: Acrylic
Saiz : 18" x 14 "
Tahun : April 2009
Harga : TIDAK DIJUAL
Sabrina salah seorang pelajar di Kelas Bimbingan Pendidikan Seni telah menyiapkan hasil lukisannya ini dengan mengambil masa 2 jam sahaja (9.25pagi hingga 11.30pagi).
Beliau merupakan salah seorang pelajar yang dicari selama ini oleh Persatuan Warisan Seni Muar Johor sebagai Pelukis Bakat Muda Daerah Muar.
KELAS REKABENTUK MANUSIA
Cikgu NorFaizah memberikan penerangan kepada Pelajar serta tunjuk ajar.
Pelajar Tekun mempelajari bagaimana melukis Mata dengan mudah dan cepat.
Khamis, 23 April 2009
MEDIA OIL PASTELS
En. Abdul Rahman Yusuf @ Musa menunjukkan cara yang mudah melukis permandangan sepohon pokok dengan hanya menggunakan oil pastels diatas kertas lukisan kepada pelajar kelas bimbingan pendidikan seni.
Cara ini dilukis tanpa menggunakan lakaran pensil.
Beliau hanya mengambil masa 25minit menyiapkan hasil lukisan ini. Cara dan media yang digunakan ini amat sesuai ditunjuk ajar kepada pelajar diperingkat Sekolah Tadika , Sekolah Rendah atau pun diperingkat sekolah Menengah.
Nabila murid Darjah 5 adalah salah seorang pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni melukis permandangan sepohon pokok diatas kertas lukisan dengan menggunakan media Oil Pastels tanpa membuat lakaran pensil. Beliau hanya mengambil masa 40minit untuk menyiapkan lukisannya.
Murid tekun menghasilkan lukisan masing-masing hanya dengan oil pastels diatas kertas hitam tanpa menggunakan pensil.
Sebahagian hasil lukisan anak murid Galeri Seni yang hanya berumur lingkungan 5 hingga 9 tahun. Mereka sudah merasai keseronokan melukis dan mewarna dengan menggunakan Media Oil Pastels dalam masa tiga minggu sahaja.
Sebahagian hasil lukisan anak murid Galeri Seni yang hanya berumur lingkungan 9 tahun hingga 11 tahun. Mereka sudah merasai keseronokan melukis dan mewarna dengan menggunakan Media Oil Pastels diatas kertas lukisan putih ( Drawing Block ).
Jumaat, 27 Mac 2009
Aktiviti
Pasangan adik - beradik ini tekun memperagakan warna dan bersama-sama menyiapkan lukisannya tanpa ada perselisihan faham.
Sabrina tekun menyiapkan lukisannya.
Nabila,Nadhirah,Nally dan Arif tekun dan seronok melukis serta mewarna terus menggunakan media Acrylic dalam sesi 'Jom Melukis'.
Mereka hanya mengambil masa 2jam dapat menyiapkan 50peratus hasil lukisan tanpa lakaran Pensil dan mendapat hikmat nasihat dari guru yang memerhati.
Aktiviti 'JOM MELUKIS' masuk adalah Percuma pada setiap penghujung Bulan sahaja.
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 3.00ptg - 5.30ptg
Kelas Bimbingan Pendidikan Seni setiap hari
Sabtu dan Ahad dari 9.00pagi-11.30pagi
dan 3.00ptg-5.30ptg.
Hanya RM 5.00 seorang setiap sesi yang dihadiri
PAMERAN TERBUKA
Melalui pameran terbuka pihak galeri menyediakan satu saluran yang paling sesuai untuk pengkarya dan pencinta seni menampilkan bakat mereka kepada umum.Pameran terbuka bukan sahaja berupaya memperkenalkan bakat mereka kepada orang ramai tetapi juga memberi ruang kepada mereka untuk bertukar idea dengan pengkarya-pengkarya lain serta menimba pengalaman baru berkaitan perkembangan dunia seni lukis.
Pameran Lukisan di Pagoh pada 17 mac 2009
En. Abdul Rahman Yusuf @ Musa (Pengerusi Persatuan Warisan Seni Muar Johor) berinteraksi bersama pengunjung yang hadir di pameran lukisan di Pagoh.
En. Wahri (Setiausaha Persatuan Warisan Seni Muar Johor) berinteraksi bersama pengunjung yang hadir tentang penghasilannya Tulisan Khat yang diperbuat dari bahan Tembaga.
Aktiviti-aktiviti
Pameran Lukisan
Urusniaga Lukisan / Barangan Seni
Cenderamata
Kelas Lukisan Pelajar Sekolah
Seminar
Bengkel Seni Lukis
Dan lain-lain
Pihak galeri sentiasa berusaha untuk menarik minat orang ramai berkunjung dan mempelajari seni secara lebih mendalam agar mereka kaya dengan ilmu seni. Adalah menjadi harapan pihak galeri agar masyarakat di negeri ini, khususnya di daerah Muar menukar aktiviti di hujung minggu mereka yang selalu berkunjung ke kompleks-kompleks membeli belah dengan membawa keluarga mereka berkunjung ke galeri seni ini.
PETA LOKASI
Abdul Rahman Bin Yusuf @ Musa
Pengerusi Persatuan Warisan Seni Muar Johor
Gambar Pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni.
KERATAN AKHBAR
Pada 22 mac 2009 Keratan Akhbar Popular Sin Chew Daily Johor telah menyiarkan berita dan laporan semasa Abdul Rahman Yusuf @ Musa membuat Pameran Sulung di Hotel Grand Paragon. Terjemahan keratan ini berbunyi... Abdul Rahman Yusuf @ Musa seorang pelukis yang tidak pernah berhenti melukis. Sebagai seorang guru lukisan bersara beliau diibaratkan berada pada suasana "senja lagi sunyi" akan tetapi beliau berasa amat gembira apabila menjumpai peminatnya yang menghargai lukisannya. Menurut Beliau, selain menyertai sebarang pameran dan peluang, tujuan utama ialah mencari bakat-bakat pelukis muda di daerah Muar dan diseluruh Negeri di Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)