Jumaat, 24 April 2009

HASIL LUKISAN PELAJAR


Media : Acrylic Painting

Media : Acrylic Painting
Ini adalah hasil Lukisan Pelajar-pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni yang terdiri daripada pelajar lingkungan umur 6tahun hingga 12tahun.
Pihak Galeri Seni akan memberi Kebebasan kepada pelajar berbakat yang telah menduduki pembelajaran mengikut sukatan pelajaran selama 5 Bulan seperti :-
a) Berpeluang Melukis diatas Canvas menggunakan Acrylic Colour.
b) Menghasilkan seberapa banyak Hasil Lukisan di Galeri Seni.
c) Membawa Hasil Lukisan Pelajar ke mana-mana Pameran yang Pihak Galeri Seni sertai.




Ini adalah hasil Lukisan Pelajar-pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni yang terdiri daripada pelajar lingkungan umur 6tahun hingga 11tahun.
Media : Pencil , Colour Pencil , Ink Pen dan Oil Pastels.

Hasil Lukisan ini dihasilkan mengikut sukatan pelajaran dari pihak Galeri Seni sepanjang Lima Bulan pembelajaran iaitu dari Bulan Januari 2009 hingga Mei 2009.
Pelajar dapat memahami dan menguasai pelbagai cara penghasilan 'Tone' Cahaya atau Nada dengan lebih mudah dan cepat. Selain pembelajaran , Tenaga pengajar juga menerapkan kepada pelajar Sikap Keberanian , Kecerdasan dan menggalakkan murid dapat mempelbagaikan iDea yang hendak disampaikan dalam Hasil Lukisan masing - masing.


Gambar pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni Yang Berbakat.


Gambar Dua pasangan Adik - Beradik pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni Yang Berbakat.


Hasil Lukisan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah daerah Muar.
Persatuan Warisan Seni Muar Johor dibawah Kementerian Pendidikan Muar telah mengadakan pertandingan Lukisan Peringkat Menengah Atas pada hari Ahad 8 Mac 2009.


Media : Oil Pastels ( Diatas Kertas Hitam )

Media : Oil Pastels ( Diatas Kertas Drawing Block )

Media : Oil Pastels ( Diatas Kertas Drawing Block )

Hasil Lukisan Pelajar-pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni terdiri daripada 4 orang pelajar umur 6tahun hingga 10tahun.
Media : Oil Pastels.


Pelukis: Sabrina Binti Ibrahim
Umur : 10 tahun ( darjah 4 )
Tajuk : Ketenangan
Media: Acrylic
Saiz : 18" x 14 "
Tahun : April 2009
Harga : TIDAK DIJUAL

Sabrina salah seorang pelajar di Kelas Bimbingan Pendidikan Seni telah menyiapkan hasil lukisannya ini dengan mengambil masa 2 jam sahaja (9.25pagi hingga 11.30pagi).
Beliau merupakan salah seorang pelajar yang dicari selama ini oleh Persatuan Warisan Seni Muar Johor sebagai Pelukis Bakat Muda Daerah Muar.

KELAS REKABENTUK MANUSIA


Cikgu NorFaizah memberikan penerangan kepada Pelajar serta tunjuk ajar.


Pelajar Tekun mempelajari bagaimana melukis Mata dengan mudah dan cepat.

1 ulasan:

  1. Wow,so cool!Wonderful blog.Coming to your blog We are very pleased to.
    Nice to meet you.We upload something about the works to the blog.
    We invite you to our blog.Look forward to your visit.Happy every day!

    http://china-cutter.blogspot.com/

    BalasPadam