Jumaat, 27 Mac 2009

Aktiviti


Pasangan adik - beradik ini tekun memperagakan warna dan bersama-sama menyiapkan lukisannya tanpa ada perselisihan faham.


Sabrina tekun menyiapkan lukisannya.


Nabila,Nadhirah,Nally dan Arif tekun dan seronok melukis serta mewarna terus menggunakan media Acrylic dalam sesi 'Jom Melukis'.
Mereka hanya mengambil masa 2jam dapat menyiapkan 50peratus hasil lukisan tanpa lakaran Pensil dan mendapat hikmat nasihat dari guru yang memerhati.

Aktiviti 'JOM MELUKIS' masuk adalah Percuma pada setiap penghujung Bulan sahaja.
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 3.00ptg - 5.30ptg


Kelas Bimbingan Pendidikan Seni setiap hari
Sabtu dan Ahad dari 9.00pagi-11.30pagi
dan 3.00ptg-5.30ptg.
Hanya RM 5.00 seorang setiap sesi yang dihadiri


PAMERAN TERBUKA


Melalui pameran terbuka pihak galeri menyediakan satu saluran yang paling sesuai untuk pengkarya dan pencinta seni menampilkan bakat mereka kepada umum.Pameran terbuka bukan sahaja berupaya memperkenalkan bakat mereka kepada orang ramai tetapi juga memberi ruang kepada mereka untuk bertukar idea dengan pengkarya-pengkarya lain serta menimba pengalaman baru berkaitan perkembangan dunia seni lukis.



Pameran Lukisan di Pagoh pada 17 mac 2009


En. Abdul Rahman Yusuf @ Musa (Pengerusi Persatuan Warisan Seni Muar Johor) berinteraksi bersama pengunjung yang hadir di pameran lukisan di Pagoh.


En. Wahri (Setiausaha Persatuan Warisan Seni Muar Johor) berinteraksi bersama pengunjung yang hadir tentang penghasilannya Tulisan Khat yang diperbuat dari bahan Tembaga.

Aktiviti-aktiviti

Pameran Lukisan
Urusniaga Lukisan / Barangan Seni
Cenderamata
Kelas Lukisan Pelajar Sekolah
Seminar
Bengkel Seni Lukis
Dan lain-lain


Pihak galeri sentiasa berusaha untuk menarik minat orang ramai berkunjung dan mempelajari seni secara lebih mendalam agar mereka kaya dengan ilmu seni. Adalah menjadi harapan pihak galeri agar masyarakat di negeri ini, khususnya di daerah Muar menukar aktiviti di hujung minggu mereka yang selalu berkunjung ke kompleks-kompleks membeli belah dengan membawa keluarga mereka berkunjung ke galeri seni ini.


PETA LOKASI






Abdul Rahman Bin Yusuf @ Musa
Pengerusi Persatuan Warisan Seni Muar Johor


Gambar Pelajar Kelas Bimbingan Pendidikan Seni.

KERATAN AKHBAR



Pada 22 mac 2009 Keratan Akhbar Popular Sin Chew Daily Johor telah menyiarkan berita dan laporan semasa Abdul Rahman Yusuf @ Musa membuat Pameran Sulung di Hotel Grand Paragon. Terjemahan keratan ini berbunyi... Abdul Rahman Yusuf @ Musa seorang pelukis yang tidak pernah berhenti melukis. Sebagai seorang guru lukisan bersara beliau diibaratkan berada pada suasana "senja lagi sunyi" akan tetapi beliau berasa amat gembira apabila menjumpai peminatnya yang menghargai lukisannya. Menurut Beliau, selain menyertai sebarang pameran dan peluang, tujuan utama ialah mencari bakat-bakat pelukis muda di daerah Muar dan diseluruh Negeri di Malaysia.

4 ulasan:

  1. Salam,

    Gambar Akbar ( Amin ) pun ada di sini.

    BalasPadam
  2. Saya berhasrat memasukkan anak saya di dalam kelas encik cuti sekolah ini. Saya mencari bangunan galeri seni...encik dah berpindahkah?

    BalasPadam
  3. Saya berhasrat menghantar anak saya ke kelas bimbingan encik cuti sekolah ini.Saya ada pergi ke taman marin...encik dah berpindahkah?

    BalasPadam